Barcelona juara champion 2008

Barcelona Juara! 2008/2009

Tagged Under : barcelona, Liga Juara-juara, man U

 

 

 

Barcelona membuktikan betapa mereka adalah kuasa baru bola sepak Eropah setelah menumbangkan gergasi inggeris, Manchester United pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi. Dua gol hasil jaringan Eto’o minit ke-10 dan tandukan Messi, 70.

 

Ternyata skill dan permainan ‘lembut’ yang dipamerkan oleh Barca menenggelamkan terus cabaran M.U yang nyata tengelam arah berdepan dengan kemahiran bertaraf tinggi pemain-pemain Barcelona. Boleh dikatakan serba tidak menjadi buat M.U.

 

Pertembungan yang diharapkan klasik dan bermutu tinggi nyata tidak kesampaian apabila M.U nyata gagal mempamerkan aksi mereka seperti biasa dengan Ronaldo, Rooney, Tevez dan pemain lain tidak menunjukkan tahap sebenar mereka, hanya sepuluh minit awal saja M.U mengancam ke kubu Barcelona hasil sepakan percuma Ronaldo dan susulan park sekadar dibentes pertahanan barcelona. Serba tidak menjadi buat mereka.

 

Ini merupakan kejuaraan ketiga Barcelona diperingkat Eropah. Kelicikan penyerang-penyerang Barcelona yang dikemudi Eto’o bersama pengempur lain gagal dikekang pertahanan M.U yang menyaksikan banyak deretan peluang berbahaya dihasilkan.

 

Dan Messi dipilih pemain terbaik kejohanan. Paling manis, jurulatih Barca Josep Guardiola, 38 berjaya mengukir nama sebagai pemenang piala berprestij itu sebagai pemain dan jurulatih.

 

Raul Gonzalez, Real Madrid masih memegang rekod sebagai penjaring terbanyak di Liga Juara-Juara dengan 64 gol diikuti Nistelrooy 60 dan Andriy Shevchenko 56 gol.

 

Sumber: http://www.arenabolasepak.com/category/champion-league

~ oleh zenziko pada Oktober 28, 2009.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: